Kampung Baru ni bukanlah jauh sangat pun dari rumah kiteorang. Cuma nak pergi tu, Encik Suami agak malas sikit sebab parking nya yang agak payah sikit. Yang ade pun parking berbayar yang dicharge RM5 untuk sekali masuk.
Tapi sebab Encik Suami pun takda idea nak sarap kat mana, dia pun mengalah.
Kiteorang gerak ke sana pun dah agak lambat. Turun dari rumah lebih kurang pukul 10.30pagi.
Sampai Kampung Baru, kiteorang tak mahu buang masa cari parking yang free (tepi jalan), kami terus je masuk ke parking RM5. Dari parking ni, lintas jalan je, terus sampai.
![]() |
| Bergambar di depan restoren Nasi Lemak Wanjo. |
Kiteorang sampai pun dah lambat, jadi kami ambil dua pinggan nasik lemak biasa + seketul ayam goreng. Lauk-lauk lain dah habis...huhuhu...
Dengan harga RM4 untuk sepinggan nasi lemak biasa + telur mata nasi lemak Wanjo ni sesuai bagi mereka yang sukakan sambal yang agak manis. Dari segi rasanya pula, tak boleh nak komen sebab tekak kite tak sama...hehehe...apepun apa salahnya kalau datang try sendiri ye tak?
Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru, #kamidahcuba!

No comments:
Post a Comment