Monday, December 3, 2018

Mee Udang Banjir, Kuala Selangor

Memandangkan kiteorang takde ape-ape plan untuk minggu ni, dan untuk mengelakkan kebosanan di rumah, kiteorang nekad untuk jjcm ke Kuala Selangor! 

Perjalanan dari KL ke Kuala Selangor tu bukan jauh sangat pun, lebih kurang sejam lebih sikit je. Sib baik Wazie tahu jalan shortcut. 

Memandangkan hari Ahad, dan dah lewat petang, Encik Suami bagitau yang jalan mungkin jammed sikit disebabkan mereka yang pulang ke kampung sempena hujung minggu di sekitar kawasan pantai barat Selangor dan Perak akan berpusu-pusu balik ke KL.

Apepun, misi diteruskan. 💪💪💪

Makanan yang menjadi target kami adalah mee udang!

Lepas di google-google, rupanya ade dua port yang sering disebut-sebut. Port yang pertama, Mee Udang Banjir Kuala Selangor dan port yang kedua, Mee Udang Banjir Tanjung Karang.

Jarak antara dua tempat ni lebih kurang 15km. Kalau dari Kuala Selangor, kita akan jumpa Mee Udang Banjir Kuala Selangor dulu.
Hurmm....yang mana satu nak gi ni? 😕

Encik Suami kata, "Kita gi dua-dualah." 

Haaaahhh.....boleh ke?

Ape pulak tak bolehnya?Mula-mula kite gi Tanjung Karang, pastu on the way balik, kite singgah Kuala Selangor.

Hurmm...ok jugak.

Last-last kiteorang decide nak try dua-dua!😅😅😅

1. Mee Udang Banjir Tanjung Karang.

Nak cari warung ni senang je, untungla bawak Wazie sekali trip ni. 

Kedai ni terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Teluk Intan.

Ade signboard kuning yang boleh dicam dari jarak sederhana.

Signboard Warung Mee Udang Banjir Tg. Karang
Kiteorang sampai lebih kurang pukul 5.30 ptg. Pelanggan pun agak ramai. Tapi langsung tak mematahkan semangat kami untuk mencuba mee udang banjir kat sini. Bagi yang nak solat, masjid kat sebelah je. (Masjid Kampung Tengah)

Kawasan parking yang agak luas dan selesa.
Bergambar di depan warung.
Mee udang banjir + Soto Ayam
Walaupun pelanggan agak ramai, adik yang datang ambil order kiteorang tekun melayan pertanyaan kiteorang...syabas adik! Kat sini bukan ade mee udang banjir je tau. Ade soto ayam, mee goreng udang, mee ketam, nasi goreng, dll.

Kiteorang order mee udang banjir (udang laut), soto ayam, dan sup kaki ayam. Sengaja kiteorang order sikit (sikit ke?) sebab nak standby perut untuk try port lagi satu. 😃

Apepun, mee udang banjir dia memang best. Kuah pekat, udang fresh dan besar pulak tu, harga pun cantik. Tapi, kalau ade bawang goreng, daun sup + daun bawang cincang mesti lagi best.

2. Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Memandangkan hari dah nak gelap, kiteorang terus gerak ke mee udang banjir Kuala Selangor. Cumanya tak sempat nak ambil gambar sebab keadaan yang hujan mase tu.


Kedai Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni lebih kurang R&R kat tepi highway yang kita selalu tengok tu. So, sedap sikitlah mata memandang kalau nak bandingkan dengan warung (dah tentulah kan?).

Ape yang kiteorang perasan, kedai ni pasang bacaan ayat Al-Quran di sepanjang masa kami kat situ. Thumbs up! Surau dan tandas yang disediakan juga amat selesa. Surau dia asing tau untuk muslimin dan muslimah. Macam R&R tu.

Kat sini, kami order mee udang banjir jugak. Udang laut tetap menjadi pilihan kami. 

Kali ni order semangkuk je, sebab kenyang lagi.😃

Udang kat sini lebih banyak (extra sekor) dari yang tadi, ade hiasan salad dan carrot, telur rebus sebiji, limau kasturi, bawang goreng dan mangkuk yang lebih besar sikit rasanya. Udangnya besar dan fresh.

Selain mee udang banjir, kat sini juga ada sediakan pelbagai pilihan masakan panas seperti kedai-kedai tomyam yang biasa kita lihat.



Apepun, Mee Udang Banjir Tg. Karang & Mee Udang Banjir Kuala Selangor, #kamidahcuba

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bukit Dinding, Wangsa Maju

Bukit Dinding yang terletak di Wangsa Maju merupakan sebuah tempat rekreasi popular bagi penduduk di sekitar Wangsa Maju dan juga Keramat,...

Popular Post