Bukit Dinding yang terletak di Wangsa Maju merupakan sebuah tempat rekreasi popular bagi penduduk di sekitar Wangsa Maju dan juga Keramat, Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 2350m dari aras laut, Bukit Dinding ni selalu dijadikan port bagi mereka yang nak keluarkan peluh tak kira pagi atau petang. Bermula di Jalan 6/27a, Wangsa Maju pendakian ditamatkan di puncak yang menempatkan menara telekomunikasi.
Trek Bukit Dinding ni bolehlah dikatakan sebagai trek santai dengan jarak dari titik permulaan ke puncak lebih kurang 7km je pergi balik. Trek dia pulak merupakan trek konkrit yang juga digunakan sebagai laluan kenderaan maintenance bagi menara pemancar tersebut. Bagi yang sukakan trek semulajadi, boleh lah try laluan denai yang turut disediakan. Menurut pemerhatian kami, kebanyakan yang datang ke sini adalah untuk bersantai dan senaman ringan, maka tak ramailah yang gunakan trek denai tersebut.
Jangan terkejut kalau mase korang datang korang ternampak ade je yang bawak satu family panjat Bukit Dinding ni. Yang bawa anak-anak kecil pun ramai. Kiranya bukit dinding ni memang family friendly la, sebab tak de langsung kelibat monyet, beruk, dan seumpamanya. Yang ade hanyalah beberapa ekor anjing yang diberi makan oleh penjaga menara kat atas tu. (Anjing penjaga kot) Tapi tak perlu risau. Dia tak kacau orang. ☺
Jom tengok beberapa gambar yang sempat kiteorang snap sepanjang 'mencuba' Bukit Dinding ni. Kebetulan mase kiteorang singah ade satu event Fun Hike yang dianjurkan pihak MINDEF.
 |
Bergambar di Banner Fun Hike di kaki Bukit Dinding selepas turun. |
 |
Mula mendaki. Bagi beginner macam kami ni, 150m pertama adalah sangat mencabar disebabkan kecerunan trek. Jangan lupa warm up! |
 |
| Pemandangan di sepanjang trek. |
 |
| Bergambar dengan pokok besar |
 |
| Satu lagi gambar di laluan trek |
 |
| Check Point 1 |
 |
Check point 2. Kalau perasan, kat belakang tu laluan denai kot?(agaknyalah) Teruskan ke puncak dalam 10minit je lagi... |
 |
| You are now at 2350m above sea level...😊 |
 |
Dah sampai. Perhatikan anak kecil dalam background. |
Biasanya pagar menara tu tutup tau. Tapi, sebab event Fun Hike, kami boleh la tumpang masuk. hehe...
 |
| Pemandangan di sekitar event Fun Hike |
Kesimpulannya, Bukit Dinding ni merupakan tempat yang amat sesuai bagi semua peringkat umur. Masa yang diambil untuk naik dan turun lebih kurang satu jam 15minit dengan berjalan santai sambil bergambar.
Bagi yang nak kenalkan anak-anak dengan pokok getah dan buah biji getah, boleh lah bawak mereka ke sini. Sebab kat sini memang terdapat pokok-pokok getah. Tak tahulah dari mana datangnya.
Bagi yang haus dan nak hilangkan dahaga, boleh lah singgah di Warung Pekaki U-Turn, Air Kelapa Special yang terletak di kaki bukit. Antara keistimewaan gerai ni, dia serve air kelapa dengan pelbagai perisa. Air kelapa laici, madu, lemon dan lain-lain lagi. Harga pulak standard je, tak la mahal pun.
 |
| Boleh lah cuba air kelapa special kat sini 😋 |
Bukit Dinding, #kamidahcuba!